Monday, November 22, 2010

wanita = rama-rama



Rama-rama ibarat wanita...
Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya...
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang,
tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar...
Begitulah wanita...
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah,
apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi...
Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya,
harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.,
usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita...
Setelah warna- warna itu hilang kita akan dibiarkan...
Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri,
kita akan lebih dihormati...
Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita...
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas...
Selama mana kita belum menemuinya,
anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama...
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,
jadilah wanita yang membanggakan semua..

sumber : http://www.iluvislam.com/
cerpen mujahadah seorang mujahidah
karya wardatul shauqah

2 comments:

  1. minat sungguh ngan butterfly skung ya~~

    ReplyDelete
  2. dh lm minat...
    skrg ni je ad pluang selongkar
    ttg butterfly, ekeke~

    ReplyDelete