Saturday, December 18, 2010

Bukan Cinta Biasa



dipegang jubah suaminya. matanya yg jernih merenung sayu. "apakah ini krn Allah?" tanyanya hampir berbisik.
"ya, wahai isteriku. semua ini krn Allah," jwb suaminya lalu segera berlalu. tanpa menoleh, tanpa berpaling.
mendengar jwpn itu Siti Hajar tidak berkata-kata apa2 lg. mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim a.s. berlalu pergi. tega dan reda. kalau suamiku bertindak meninggalkan aku krn Allah, aku mesti rela ditinggalkan jg krn Allah, mgkin itulah rs hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.
itulah sedikit gambaran perpisahan krn Allah. Nabi Ibrahim a.s. rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yg kering-kerontang. satu lembah yg gersang jauh drp manusia, haiwan dan tumbuhan. ya, itu semua perintah Allah. demi cinta Khalik yg lbh tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. itulah hati Nabi Ibrahim a.s. jika dulu dia diuji dgn bakaran api, kini diuji lg oleh perpisahan dgn anak dan isteri.
jgn disgka hanya Siti Hajar shj yg menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim a.s. yg "meninggalkan" isteri dan anaknya. kdg2 org yg meninggalkan lbh perit dan sakit penanggungannya drp org yg ditinggalkan. namun apalah pilihan Ibrahim bila cinta Allah berbicara, cinta yg lain akan membisu seribu bhs...
mengapa hanya kata-kata "apakah semua ini krn Allah?" yg diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim a.s. ? mengapa tidak ada ucapan yg lain? mengapa tidak diucapkan, "knp sampai hati kau buat begini?" tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar dr mulut isteri solehah spt Siti Hajar. apa yg hendak dipastikannya hanya satu... semua itu dibuat oleh suaminya krn Allah. apabila krn Allah, tenanglah hati Siti Hajar... tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. suaminya tidak akan menganiayanya.
bertemu krn Allah, berpisah pun krn Allah. itulah tradisi dlm cinta para solihin dan muqarrabin. dan iktibar buat kita,utk mengekalkan cinta dlm rumah tangga inilah jg teras dan asasnya. jgn ada "krn" yg lain. jika ada yg lain, pasti cinta itu tergugat jua wlaupun seteguh mana sekalipun janji dan peneguhan kata yg dimeterai. utk mengekalkan cinta, ini shj prinsipnya - berbuatlah apa shj krn Allah. lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.
sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim a.s. dan Siti Hajar tidak pernah luntur. kedua-duanya berpegang kpd asas cinta yg kekal... cintakn Allah. dan apabila mereka bertemu kembali dlm beberapa thn kemudiannya, cinta itu teruji lagi. kali ini Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan pula oleh Allah utk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankn. tetapi bgaimn Siti Hajar?
Siti Hajar teruji lagi. nilai anak bg seorg ibu, kdg2 melebihi nilai suami kpd seorg isteri. ikatan hati antara ibu dan anak jauh lbh teguh dan kukuh drp ikatan suami dan isteri... begitulah kdgkala pakar2 psikologi mengungkapkn.
namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar. sekali lagi "jika itu kehendak Allah" dia pasrah.
dia yakin Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela "kehilangan" anak dan suami berkali-kali. spt air zamzam yg menyuburkan lembah Makkah yg gersang, maka begitulah iman yg memperkasa di jiwa Siti Hajar. sekali lagi dia rela dan tega.


sumber : Pahrol Mohamad Juoi
   majalah SOLUSI
isu no. 18


hati Fiezah Solehah : Masya Allah... sggh agung cinta mereka terhadapMu ya Allah...
semoga aku diberi kekuatan utk menyintaiMu sebagaimana mereka... dan dikurniakan pasangan yg memiliki cinta sebegitu jua... sesungguhnya, cinta mereka itu bkn cinta biasa =)



No comments:

Post a Comment