Saturday, December 18, 2010

Keindahan Menahan Pandangan Mata


  • Memerdekakan hati drp kelalaian.
jika org yg mabuk mampu segera sedar kembali namun org yg mabuk cinta sukar menyedarkan kembali kewarasannya walau diketuk berkali-kali. kelalaian hatinya akan mengheretnya perlahan-lahan ke dlm mimpi ngeri, zina terkutuk!

  • Menajamkan akal
org yg menahan pndgn mata ialah org yg berusaha menajamkan akalnya krn kemampuan akal mempertimbangkan akibat drp pndgn itu. akal yg sering diasah pasti kuat dan kukuh.

  • "Menyimbah" api neraka jahanam
oleh sbb pndgn mata itu pintu syahwat, yg membuat iman jd tergugat lalu tertarik hendak berbuat maksiat. apabila sudah buat maksiat, sudah tentu api neraka menjadi tmpt kembalinya. thnlah pndgn, Insha Allah terpadamlah jahanam.

  • Menguatkan hati dan menyalakan keberanian
ada disebut di dlm athar : " Siapa yg menentang hawa nafsunya, maka syaitan menjadi takut kpdnya." jika syaitan takut, sudah tentu hati sering direbut syaitan itu menjadi kuat. bila hati kuat, keberanian menjadi mantap.

  • Kepuasan menahan nafsu
kita pasti rasa nikmat dan gembira apabila memperoleh sesuatu kejayaan. begitu juga kegembiraan yg kita akan nikmati apabila berjaya bermujahadah diri menahan pndgn.


  • Mudah menerima ilmu
berkata Waqi', guru Imam Syafi'i : "Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak menembusi hati yg berbuat maksiat." pndgn mata yg tidak dijaga memberi kesan pd hati. jika hati hitam, sukarlah cahaya ilmu menadahnya.

  • Menguatkan firasat yg benar
org beriman yg bersih hatinya lantaran menjaga pndgn mata akan mampu mempunyai kekuatan firasat. firasat itu buah cahaya, jika hati bersih bercahaya, firasat sukar meleset.

  • Bebas drp penyesalan
sekali sengaja memandang, ingatannya sukar dibuang. tika itu hati sukar bersabar, dosa mudah menyambar. apabila sudah terjebak, air mata penyesalan tidak mampu lagi mengundur masa.

sumber : Fatimah Syarha Mohd Noordin
majalah SOLUSI
isu no. 18

No comments:

Post a Comment