Thursday, May 3, 2012

Day 09- Something you’re proud of in the past few days.

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya aku tinggalkan "Cabaran 30 Hari"...
Sekarang aku cuba habiskan juga, hehe...
Something you're proud of in the past few days.
Erm, aku rasa beberapa hari yang lalu,
cuma perkara yang kebiasaan bila dah masuk kuliah...
Tapi... hah, baru aku ingat...
Minggu ni aku berjaya selesaikan hutang-hutangku...
Bagi aku, ia membanggakan buat diri aku...
Aku jenis yang tak suka berhutang tapi kadang-kala keadaan yang aku lalui 
membuatkan aku terpaksa jua...
Tapi Alhamdulillah, segalanya dah selesai dalam minggu ni...
Terasa beban yang terpikul di bahu di angkat... Ringannya :)
Ye la, hutang ni... kalau kita meninggal dan orang yang kita berhutang
tak halalkan, ia akan di tanya dan akan di bayar di 'sana'...
Waktu itu, aku tak pasti adakah aku mampu membayar dengan pahalaku
yang ntah berapa sangat la nilainya :'(
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."

Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Jadinya, aku bersyukur sangat-sangat aku dah berjaya selesaikan hutang-hutangku itu ^_^

psst : hutang 'cerita' dalam entry ni akan aku cuba usahakan, Insha Allah... tapi aku tak janji tau, hehe~

No comments:

Post a Comment