Tuesday, May 8, 2012

Pesta BukuAntarabangsa Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak tebus 'hutang' entry daripada kisah "Mid-Term Holiday (19-29 April 2012)"  :)
Aku mulakan kisah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dulu ye :)

PBAKL diadakan pada 27/4 - 6/5/2012 di PWTC...
Aku memang semangat nak pergi PBAKL ni...
Iye la kan, tahun sudah-sudah, cuma tengok berita je pasal PBAKL ni...
Nak pergi memang tak dapat la kan, sebab jauh (dulu belajar kat Terengganu kan)...
Sekarang since dah belajar kat Shah Alam, nak pergi KL macam "harus la pergi kan" ^_^

Disebabkan PBAKL diadakan pada musim aku cuti mid-term...
Maksudnya mesti la cuti aku balik Terengganu kan...
Jadinya aku pulang awal la ke Shah Alam :)
Ummi dan Walid pun terkejut jugak bila aku bagitau nak balik awal kan (naik bas hari Jumaat malam kot padahal kelas hari Ahad kan, tak pernah-pernah aku balik awal ke kolej, hehe)... 
Last-last aku bagitau jugak la ke diorang yang aku nak pergi PBAKL, hehe...
Diorang takde la nak larang kan (diorang dah tau aku ni gila buku, hehe)...
Cuma diorang sedikit risau la sebab aku nak pergi hari Sabtu (28/4/2012) yang mana ada juga perhimpunan Bersih 3.0...


Pada hari kejadian (28/4/2012)...
Sampai je ke Shah Alam, aku tak tidur pun...
Iye la kan, janji dengan kawan nak pergi awal kan...
Kalau tidur, sah-sah la terlewat/ terlambat/ terlajak masa kan, hehe...


Bersiap dengan jayanya, terus ke Seksyen 2...
Naik Rapid dengan kawan menuju ke LRT Universiti...
Dari situ, kami menuju ke PWTC...


wajah teruja nak ke PBAKL :)

Sampai je PWTC, aku tak henti-henti senyum...
Tak sangka akhirnya dapat pergi PBAKL...
Selama ni duk tengok berita je kemeriahannya :)

Ni di booth "Kaki Novel"

Novelis Acik Lana :)












Aku bersama Novelis Acik Lana :)
*beli sebuah novel beliau - novel terbaru...
*ofcos la dapat autograf beliau kan :)










 Novelis Suri Ryana :)












Di Gerai Pink Ain Maisarah...
Gerai Pink Ain Maisarah harus la aku singgah kan...
Novelis novel remaja paling aku sukai :)
Ni kali ke-2 aku berjumpa Kak Ain dan beliau masih ingat aku *terharunya :')


pic 1: Gerai Pink


pic 2: menunggu giliran jumpa Kak Ain :)





pic 3: bergambar dulu :)

pic 4: sembang sambil Kak Ain autograf :)





pic 5: bergambar lagi :)

pic 6: bersama Abang Aman Wan... *terlupa ambik autograf beliau, hukhuk~




pic 7: bersama Abang Azanil Fitri... *nasib baik terserempak, kalau tak, tak dapat autograf beliau :)

pic 8: pakej 150 yang berjaya di bawa balik, hehe~



Sebelum kami teruskan jelajah booth-booth lain,
kami sarapan dulu *masa sarapan tu hampir jam 1 petang... sarapan ke makan tengahari ke makan petang tu, haha...

Nasi Goreng Chinese Style *dikongsi, hehe~

Alang-alang dah masuk waktu Zohor selepas kami makan,
kami pun terus ke surau untuk tunaikan kewajipan pada-Nya :)
Selepas solat, kami teruskan misi menjelajah PBAKL, hehe...

Dari Galeri Ilmu...
Ust. Hasrizal dan Ustz Fatimah Syarha penulis kesukaanku juga...
Dr. Farhan Hadi (suami Ustz Fatimah Syarha) - pertama kali baca karya beliau :)

Di Karangkraf Mall...
Rasanya di sini aku ambik banyak gambar...
Sebabnya ramai novelis, hehe...

 mula dari kiri ke kanan ye...

pic 1: Novelis Siti Nur Dhuha~
pic 2: bersama Novelis Siti Nur Dhuha... *yeay, aku beli novel beliau :)
pic 3: bersama Novelis Damya Hanna... *again my foveret novelis... tapi masa ni tak beli novel beliau sebab dah beli awal-awal lagi, hehe...
pic 4 : bergambar bersama majalah Hijabista... *aku masuk peraduan dia... kalau sudi 'like' ye gambarku NI :)
pic 5: bersama 'partner in crime', my dear Shima :) *menunggu Novelis Eka Fahara~
pic 6: Novelis K.A.K.A~
pic 7: Novelis Herna Diana~
pic 8: Novelis Fida Rohani~
pic 9: Novelis Mazni Aznita~
pic 10: Novelis Indah Hairani~
pic 11: opss!!! tak ingat nama novelis ni, hukhuk... sorry :'(
pic 12: Novelis Eka Fahara... *suka juga karya beliau :)

Sebelum balik, harus la bergambar dengan hasil pembelian kan, hehe...
Sekali baru nak berposing... eh.. eh... ada dua manusia interframe...

 Mereka adalah...
 Mak saudara dan pak saudaraku...
*tengok muka masing-masing takleh blah...
tak sangka la tu jupe aku kat situ, haha :D

Diorang baru sampai, aku dah nak balik, hehe...

Sampai di KL Sentral, selepas solat Asar dan Maghrib di situ, kami makan dulu di Restoran Rasamas... * lapar sangat dah masa tu... ye la kan, sebelum ni kami makan nasi goreng chinese style yang dikongsi je, hehe... 

 yum... yum... teringat la pula, hehe~

Perut dah kenyang, apa lagi kami pun balik la ke Shah Alam :)

choppp!!! korang perasan tak gaya tudung aku sedikit berubah sebelum dan selepas, hehe~

 hehe :D

psst: selain jumpa mak pak saudaraku, kami juga bertembung dengan Naemah, kawan dipl kami yang sekarang ni belajar di UiTM Kelantan :) 

No comments:

Post a Comment