Tuesday, July 10, 2012

Putrajaya Floria 2012

Assalamualaikum...
 
Event dah habis,aku baru terhegah-hegah nak update...
Bukan apa, exam kan plus malas, haha :D
 
Putrajaya Floria 2012 "Bougainvillea - Enduring Beuty" 
 
telah diadakan 30 Jun - 8 Julai 2012 di Waterfort, Presint 2, Putrajaya...
 
Aku bersama partner in crime pergi 4 Julai lalu, 5 hari yang lalu :)
 
Pada hari kejadian, kami bertolak dari Seksyen 2, Shah Alam
dengan menaiki Rapid bus dalam pukul 12.00 tengahari... *dah lambat sangat kan, hehe...
 
Sampai di KL Sentral, kami solat Zohor dulu...
Then kami menaiki KLIA Transit menuju ke Putrajaya yang mengambil masa 1 jam...
 

Sampai di Putrajaya Sentral, kami menaiki 'bas khas' ke Floria :)
 
Jumlah tambang untuk ke Floria dari Shah Alam=
Rapid bus (RM2.50) + KLIA Transit (RM9.50) + 'bas khas' (RM1.00) = RM13.00 sehala
 
Akhirnya kami sampai di Putrajaya Floria 2012 :)



 bersama my dear :)

 International Entries :)


 School & University Gardens :)

 Arts :)

 Salah satu taman Majlis Perbandaran... 
*negeri mana ntah, aku dah lupa, haha..

Dek kerana kelaparan sudah melanda,
kami mencari tempat makan untuk mengenyangkan perut kami, hehe :)
Melalui kawasan permainan untuk kanak-kanak untuk ke restoran... 


 Di Restoran Umai :)
Me : Nasi Goreng Umai & Milo Umai
My Dear : Milo Ais & Mee Hailam

Selepas mengenyangkan perut dan menunaikan solat Asar,
kami meneruskan penjelajahan taman, hehe...

 Taman-taman Majlis Perbandaran :)

 Suasana malam hari di Putrajaya Floria 2012 :)
*saat menunggu pertunjukan bot berhias...

 Bot Berhias dari:
Suzhou China
Kenya
Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak

 Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu
Perbandaran Putrajaya
Tourism Malaysia
Ministry of Tourism

Pengunjung di beri peluang mengundi bot berhias paling menarik...

Selepas pertunjukan bot berhias,
masa paling ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuk aku...
Pertunjukan Bunga Api, yeayyyy :)
 

 Insha Allah :)

Disebabkan teruja nak lihat pertunjukan bot berhias dan bunga api,
kami tak sempat balik ke Shah Alam... jadinya kami tidur di surau KL Sentral...
Perghh, agak sengal, haha... Ala, sesekali kan :)

Keesokannya, selepas solat Subuh, kami sarapan di McD...
Sebelum akhirnya kami balik ke Shah Alam :)

 Our breakfast :)

psst: tahun-tahun sebelumnya,aku selalu berangan nak pergi Floria ni.. akhirnya tercapai gak impian :)

No comments:

Post a Comment