Friday, July 6, 2012

Salam Jumaat 16 Syaaban 1433

Assalamualaikum...
 
Post ni di tag oleh pak saudaraku...
Renung-renungkan :) *terutama buat kaum Adam
 
 

Jaga ibadah kena ada dua lapis pagar - bagaikan rumah yang sudah berpagar elektrik kemudian digali parit lagi.

Lepas satu ada satu lagi.


Pagar pertama namanya makruh. Perbuatan makruh ini tak berdosa. Kalau kita tinggal makruh - bagaikan tinggal pagar pertama (parit), tinggal pagar elektrik sahaja - mari kayu tumbang atas pagar - habislah cerita.


Orang yang biasa buat benda makruh, dia mudah buat benda haram.

Orang yang jaga makruh, benda haram payah nak buat. Bukan tak buat, tapi payah nak buat.

Manusia ini bila buat dosa, yang penting kita tahu itu berdosa dan bertaubat pada Allah. Tahu kembali kepada Allah.

Jangan tangguh lama-lama utk bertaubat - kerana dosa itu melalaikan dan menyeronokkan sehingga lupa diri.

Seperti yang biasa bersembahyang jamaah, jika kita mula sembahyang di rumah - mula-mula sembahyang rasa tak sedap - tapi sekali cuba, dua kali cuba, tiga hari - kita tak rasa apa-apa dah - lama-lama dikawal bisikan syaitan sehingga malu nak pergi ke masjid.

Sebulan baru pergi masjid, rasa malu, masa nak pergi hujan mendatang pula - akhirnya batal hasrat - itulah bahayanya bila dibuai bisikan syaitan.

Adakah anda sedang lalai kerana minda seronok melayan bisikan syaitan? Berapa lama tak bersembahyang Jumaat di masjid?

Untuk renungan hari Jumaat. Senyum.

by : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:

Post a Comment